Jan 9, 2011

Vaksin untuk kaki botol berhenti minum arak

Para penyelidik telah menemui satu penyelesaian untuk membantu penagih arak (kaki botol) agar berhenti daripada meminum arak, dengan memberikan satu rasa pening yang dahsyat selepas seseorang individu itu mengambil beberapa teguk minuman keras.

Para penyelidik dari Chile mendakwa ianya berfungsi melalui neutralisasi sekumpulan enzim yang berperanan di dalam penguraian molekul alkohol.

Kumpulan enzim ini dinamakan sebagai aldehyde dehydrogenase yang berfungsi di dalam memberikan toleransi kepada peminum arak.

Dianggarkan sekitar 20 peratus populasi di Asia yang tidak memiliki enzim jenis ini dan ia menjelaskan mengapa kebanyakkan mereka mengalami "tindak balas yang kuat justeru itu tidak digalakkan untuk mengambil alkohol" menurut ketua penyelidik Juan Asenio, daripada Fakulti Sains dan Matematik sebuah universiti di Chile.

Vaksin itu dipercayai akan menyebabkan degupan jantung yang lebih kencang, peluh, dan perasaan tidak tenteram secara amnya.

"Dengan pengambilan vaksin ini akan mengakibatkan, keinginan untuk mengambil alkohol menurun dengan kadar yang sangat berkesan, terima kasih di atas tindak balas ini" Kata Mr Asenjo.

Penyelidik telah berjaya menjalankan ujian vaksin tersebut ke atas tikus yang sangat bergantung kepada alkohol, dan mendapati vaksin ini berjaya menurunkan pengambilan alkohol sehingga pada kadar separuh.


Laporan asal: Daily Mail
Baca artikel ini >>

Jan 8, 2011

'warga emas' semut pemotong daun bertugas selagi terdaya

Spesies semut pemotong daun memiliki reputasi kerana kekuatan, organisasi dan kerjasama berpasukan yang baik.

Para penyelidik kini menemui satu lagi fakta menarik yang menjadi kunci kejayaan kepada semut-semut ini. Ia memiliki kebolehan untuk mengenal pasti kepentingan umur individu semut di lapangan tugas masing-masing.

Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Semut Pemotong Daun Amerika menunjukkan bahawa kumpulan semut-semut yang muda dan bertenaga di dalam sebuah koloni, akan diberikan tugas yang paling sukar dan mencabar di lapangan pemotongan daun yang mereka lakukan.

Gigi semut-semut muda dapat melakukan tugas ini dengan lebih cekap dan berkesan, namun selari dengan peningkatan usia, gigi semut-semut ini akan menjadi semakin tumpul kerana kerap digunakan.


Namun, semut-semut yang berumur tidak terus bersara ataupun dibunuh, sebaliknya akan ditugaskan untuk peranan baru yang lebih sesuai dengan keadaan umur dan keupayaannya.

Semut-semut yang berusia tidak lagi memotong daun memandangkan kebolehannya sudah berkurangan, sebaliknya akan diberikan tugas-tugas lain seperti, mengangkut daun-daun yang dipotong oleh semut muda dan mencari makanan untuk dibawa pulang ke sarang.

Seperti juga manusia, serangga ini mampu mengenal pasti ahli yang telah berusia namun masih mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat semut.

Laporan Asal: Daily Mail
Baca artikel ini >>

Jan 5, 2011

Bagaimana langit melindungi bumi?

Harap maaf kepada para pembaca yang tertunggu-tunggu artikel terbaru di Zon FikiR. Saya agak sibuk kebelakangan ini, jadi agak kesempitan waktu untuk menulis artikel baru.

Baiklah di kesempatan waktu yang sedikit ini, saya ingin mengajak pembaca sekali lagi untuk meneroka angkasa lepas. Anda tentu sedia maklum bahawa terdapat 9 buah planet di dalam sistem suria kita bukan?

Salah satu planet yang paling besar di dalam sistem suria kita adalah planet Musytari, atau di dalam bahasa Mat salehnya, Jupiter. Planet ini bukan sahaja jauh lebih besar daripada bumi, malah ia 320 kali ganda lebih berat daripada bumi. Selain itu ia memiliki daya graviti yang sangat kuat untuk menarik pelbagai objek di angkasa ke arahnya.

Apa yang lebih menarik, rupa-rupanya planet Musytari tidak wujud sia-sia di situ, ia wujud untuk melindungi bumi daripada serangan tahi-tahi bintang yang besar, di mana sekiranya tahi-tahi bintang yang besar ini jatuh ke bumi akan mengakibatkan kerosakan yang amat dahsyat kepada bumi.

Dengan adanya gelombang magnetik yang dihasilkan oleh planet musytari ini, ia membantu menarik atau memesongkan arah tahi bintang yang besar daripada jatuh ke bumi. Mari kita ucapkan kesyukuran atas kewujudan planet Musytari yang melindungi bumi ini.

Berikut petikan yang diambil dari website NASA.
Jupiter has more mass than all other planets in the solar system combined. It helps protect Earth by steering comets either towards the sun or ejecting them to the outer reaches of the solar system or beyond. Jupiter has dozens of moons orbiting it, one of which, Europa, is thought to have a sub-surface liquid salt water ocean. It therefore may possibly harbor life as heat and water, the two ingredients required for life on Earth as we know it, are seemingly present below the moon’s surface.
[Sumber : NASA]

Namun begitu, masih ada lagi objek-objek kecil lain di angkasa yang mampu menyerang bumi, dan memberikan akibat yang tidak kurang dahsyatnya sekiranya terhempas ke bumi. Ini kerana objek-objek ini kurang menerima kesan daripada medan magnetik yang dihasilkan oleh Musytari lantaran saiznya yang kecil.

Syukur Alhamdulillah kerana bumi masih memiliki satu lagi sistem pertahanan. Selain mendapat perlindungan daripada Musytari, ia juga memiliki 7 lapisan atmosfera yang melindunginya daripada objek-objek kecil ini seperti meteor dan komet.

7 Lapisan-lapisan atmosfera ini memberikan geseran yang cukup kuat kepada komet dan meteor yang jatuh ke bumi dan menghancurkannya atau sekurang-kurangnya mengecilkan saiznya sebelum ia jatuh ke permukaan bumi.

Hal ini menjelaskan mengapa komet dan meteor (tahi bintang) akan kelihatan berapi semasa jatuh ke bumi, ia menerima geseran daripada atmosfera dan menjadikannya sangat panas.

Selain itu 7 lapisan atmosfera ini juga memberikan perlindungan daripada sinaran Ultralembayung dari matahari yang boleh mengakibatkan kanser sekiranya terkena kulit manusia (anda boleh cari sendiri maklumat ini di internet).

Inilah gambaran yang dijelaskan di dalam Al-Quran,
"Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda yang terdapat padanya"
[Surah Al-Anbiya: 32]
Rupa-rupanya langit yang terbentang luas dan kita lihat sebagai kosong ini merupakan atap ataupun bumbung yang melindungi bumi. Malah Allah juga telah memberikan 'hint' tentang 7 lapisan langit ini di dalam Al-Quran melalui ayat,
“Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu”

[Surah Al-Baqarah: 29]


Pembaca yang saya muliakan sekalian, lihatlah tanda-tanda kasih Allah kepada hambanya tanpa kita sedari. Musytari dan Atmosfera tidak datang sendiri, melainkan sengaja diletakkan agar melindungi bumi. Mengapa? Kerana hamba-hambaNya ada di situ.

Wallahua'lam. Sekian.
Baca artikel ini >>
test