Jan 8, 2011

'warga emas' semut pemotong daun bertugas selagi terdaya

Kongsi
Spesies semut pemotong daun memiliki reputasi kerana kekuatan, organisasi dan kerjasama berpasukan yang baik.

Para penyelidik kini menemui satu lagi fakta menarik yang menjadi kunci kejayaan kepada semut-semut ini. Ia memiliki kebolehan untuk mengenal pasti kepentingan umur individu semut di lapangan tugas masing-masing.

Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Semut Pemotong Daun Amerika menunjukkan bahawa kumpulan semut-semut yang muda dan bertenaga di dalam sebuah koloni, akan diberikan tugas yang paling sukar dan mencabar di lapangan pemotongan daun yang mereka lakukan.

Gigi semut-semut muda dapat melakukan tugas ini dengan lebih cekap dan berkesan, namun selari dengan peningkatan usia, gigi semut-semut ini akan menjadi semakin tumpul kerana kerap digunakan.


Namun, semut-semut yang berumur tidak terus bersara ataupun dibunuh, sebaliknya akan ditugaskan untuk peranan baru yang lebih sesuai dengan keadaan umur dan keupayaannya.

Semut-semut yang berusia tidak lagi memotong daun memandangkan kebolehannya sudah berkurangan, sebaliknya akan diberikan tugas-tugas lain seperti, mengangkut daun-daun yang dipotong oleh semut muda dan mencari makanan untuk dibawa pulang ke sarang.

Seperti juga manusia, serangga ini mampu mengenal pasti ahli yang telah berusia namun masih mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat semut.

Laporan Asal: Daily Mail

2 comments:

  1. maha kuasa allah lagi maha mengetahui..semut yg begitu kecil pn ada tugas masing2.kita bagaimana..akak

    ReplyDelete
  2. Bukanlah semut atau femikir yang pintar tapi allah menitipkan kepandaian kepada mereka. Subhanallah.

    ReplyDelete

test