Buat julung-julung kalinya saya menulis di dalam blog yang baru dibina ini, saya memilih untuk menulis berkenaan topik mengenal tuhan. Saya bukanlah seorang ahli bijak pandai agama, bukan seorang ustaz, malah bukanlah orang yang pakar di dalam perbincangan ini dari segi kelulusan akademik berkaitan, sekiranya sijil dan kelayakkan yang diperlukan untuk membincangkan isu ini.
Namun saya merupakan seorang Muslim, ada iman di hati ini yang membuatkan saya terus menjadi seorang Muslim dan berharap akhir kalam hidup saya nanti di dalam Iman dan Islam, Insya Allah.
Dengan berbekalkan ilmu yang cetek, dan iman yang sedikit inilah saya sampaikan satu kefahaman yang telah menjadi lantaran saya kekal di dalam Iman dan Islam sehingga ke hari ini Alhamdulillah.
Benarkah tuhan itu ada?
Semasa kecil dahulu persoalan ini dijawab oleh guru-guru di sekolah, baik di sekolah kebangsaan (sekolah rendah) mahupun sekolah agama tanpa pernah saya menyoal kepada mereka.
Guru-guru di sekolah memberi tahu bahawa tuhan itu ada, buktinya adanya alam ini! Adanya manusia, ada pokok, ada ayah, ibu, haiwan, bulan, bintang, matahari, planet-planet dan sebagainya. Secara umum adanya alam ini membuktikan bahawa tuhan itu wujud.
Guru-guru memberitahu bahawa setiap benda yang ada di dunia ini tentu ada yang pencipta atau pembuatnya. Buku dibuat oleh pembuat buku, kereta oleh pembuat kereta, baju oleh pembuat baju, makanan oleh pembuat makanan dan seterusnya.
Manakala manusia, pokok, gunung-ganang dan lain-lain pula dicipta oleh tuhan. Itu kata cikgu. Malah cikgu yang mengajar saya masa kecil dahulu mengatakan bahawa dirinya juga dicipta oleh tuhan.
Kalau dilihat kenyataan di atas yang diajarkan oleh cikgu saya, sifirnya mudah, buku, kereta, baju dan makanan yang boleh dilihat dengan mata kepala kita maka bolehlah dikenalpasti pembuat atau penciptanya kerana ia satu fakta yang jelas, nampak di depan mata dan mudah untuk difikirkan. Apabila manusia, pokok, gunung-ganang dan lain-lain yang tidak dapat dilihat pembuatnya, maka guru pun kata semua itu tuhan yang buat. Mudahnya...?
Semua orang tahu buku tentulah pembuat buku yang buat, kereta tentulah pembuat kereta yang hasilkan, begitu juga dengan makanan dan lain-lain benda yang boleh dikenalpasti pembuatnya dengan mata kepala kita. Sebagai contoh seseorang itu boleh melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana badan kereta dipasang, pintu-pintunya dicantumkan, enjinnya dibuat, dan sebelum itu bagaimana bahan-bahan binaannya diproses, diadun dengan tangan-tangan manusia sehinggalah wujudnya sebuah kereta.
Tetapi bagaimana pula dengan benda hidup seperti, manusia, kucing, pokok-pokok dan sebagainya yang tidak dapat dilihat penciptanya dan bagaimana ia dicipta? Apa yang jelas didepan mata kita seekor kucing lahir dari rahim ibunya, membesar perlahan-lahan, ia makan, minum, bermain, beranak sampailah ia tua dan mati atau mati lebih awal kerana kemalangan dan sebagainya. Langsung tidak kelihatan tangan-tangan yang menjadikan kucing ini.
Jadi bagaimana pula guru begitu yakin tuhan yang buat semua itu? Sedangkan guru-guru saya sendiri tidak pernah melihat tuhan memasang tangan, kaki, kepala, jantung dan sebagainya pada seekor kucing. Adakah guru saya sekadar menyampaikan apa yang diajarkan oleh gurunya dahulu?
Di sekolah agama pula, saya belajar ilmu tauhid asas iaitu dalil adanya tuhan ialah adanya alam ini. Persoalannya masih serupa, mengapa kalau adanya alam ini maka tuhan perlu ada? Tidak bolehkah alam ini ada sekiranya tuhan tiada? Adakah perlu ada tuhan barulah alam ini akan ada? Namun kita tahu guru tidak pernah pun melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana alam ini ada kerana adanya tuhan.
Anda para pembaca semua sekiranya ada yang mula merasa bingung jangan bimbang saya tidak ingin menyesatkan anda untuk berpaling daripada mempercayai adanya tuhan. Persoalan begini ditimbulkan sebelum saya memberikan keyakinan yang lebih mantap kepada anda pada artikel selepas ini. Cubalah anda fikirkan dahulu Insya Allah sebentar nanti artikel seterusnya menyusul.
Sekian.
Ape yg ko mrepek nie..........drpd ko kaji tntang Tuhan elok ko kaji dlu dri ko sndri.....bengong!!
ReplyDeletejika kita pikir tentang ketuhanan...dengan hanya akal fikiran dan logik...perkara itu lah yang akn menyesatkan kita....sebelum kita membahaskan nas2 ketuhanan...kita bertanya kepada para ustaz atau ulamak...kerana mereka lebih mempunyai ilmu tentang agama..
ReplyDeleteSaya tak fikir artikel ni merepek, ada baiknya juga kita bincangkan isu begini. Islam itu sememangnya menyuruh kita berfikir, bagi orang yang berakal. Tidaklah semata-mata mengikut seperti orang bodoh...
ReplyDeleteJangan sangka Tuhan itu tidak boleh difikirkan secara logika, Islam juga tidak kalah dengan ilmu logik! Hanya orang yang malas berfikir sahaja bimbang menjadi sesat! Berfikirlah dengan lorong yang betul! Dalam Al-Quran pun selalu sebut affala ta'qilun... tidakkah engkau mahu menggunakan akal? memang tuhan suruh guna akal, bukan ikut membabi buta saja... bagi yg mahu memikirkannya. bagi yg kurang bijak ikutlah mereka yang berilmu.
ReplyDeletemgkin btul gak artikel ni..sbb pe....skang ni kite mewarisi keislaman kite hanya dengan keturunan...ini myebabkn pghayatan dan rsa cnta kpd islam sgt nipis..klu btol kite ni islam sjati yg mjadikn rasulullah sbg idola...mka,kite prlu byk bfikir bpndukn al-quran dan as-sunnah~bkn mgikut mbabi buta shja...isnyaAllah kita tgolong dlm glgn org2 briman...kite jgn lupe...bfikir sesaat lbih beik dr bjaga spnjg mlm...
ReplyDeleteSesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; [Ali-Imran: 190]
takpe.. tgk dulu ap blogger nak sambung.. jgn awal2 dah hentam.. kan lebih baik berbaik sangka..
ReplyDeletebtol! kaji la diri sndri dulu...bawulah mgkaji alam ini!:)(maaf klu terasa)
ReplyDeleteTuhan itu mmg ade! Al-Quran dan kematian pon sbgai buktinye!
Kepercayaan kpd tuhan ini adalah untuk menguji sejauh mne keimanan kite kpdNYA! Klu tiada kepercayaan yg teguh,,segala amalan kita selama ini tidak akn khusyuk.
Semmgnye ALLAH xkn menonjolkn diriNYA sewktu di dunia tetapi diakhirat kelak akn terbukti! Sama juga sprti malaikat.
ok! mcm niey la..
contohnye...klu Allah/malaikat menonjolkn diri mereka sewktu didunia.....Adakah manusia akan membuat kejahatan??? Apa gunenye manusia dihntr kedunia klu bkn untuk diuji?? Apa gunenya Allah mghsilkn neraka dan syurga?? Fikir2knlh juga.
Sy bknlh ustazah ataupon para ulama dan bkn juga seorg yg sempurna tetapi sy hnyelh seorg mnusia normal dan biasa seperti kamu. :)
Lebih elok kita berbaik sangka dengan penulis, kita lihat apa sambungan tulisannya nanti.. kalau menyesatkan baru kita tegur...
ReplyDeleteerm, perbincangan melalui ilmu logik.. menarik..
ReplyDeleteisu, mengenal Tuhan, Tuhan itu wujud? Mengapa perlu Tuhan itu wujud?
Setiap penciptaan ada peiciptanya..contoh yg d berikan ckgu ms kcik2 tuh nak sy fikir sbb nk tnamkan dlm diri kite, yg maneAllah ni wujud sbgai pcipta, mkin kite bsar, mkin bnyak yg kite tahu, mkin bnyak persoalan n mkin bnyk y perlu kite blaja.. andai angin dpt dilihat, andai elektrik dpt dlihat, andai rs sakit dpt dilihat..
Lmrah manusia rs bertuhan.. sdgkan ketika kite dlm keadaan yg amat terdesak, pada msa tuh, kite trasa amat mmerlukan kpd ssuatu kuase,pertolongan spy dpt mmbantu kite..
slm,dlm al-quran bnyk menyebut psl Pencipta kita,,klu nk kaji Tuhan..kajila alquran dlu,..brla kamu temui jawpan...insyaallhah.
ReplyDeletekenapa perlu mengenal tuhan dgn akal???...sdgkn sabda RASULULLAH...KENAL DIRI MAKA KENAL TUHANMU...
ReplyDeleteKenal diri maka kenal tuhan mu apa maksudnye bro? bukan pakai akal ke?
ReplyDeleteKita mmg tak mampu fikir macam mana tuhan itu wujud. tapi kita mampu berfikir "kenapa yang akal kita ni tak mampu berfikir yang sedemikian". Ramai yg berpendapat kita tak mampu berfikir dengan logic mengenai ketuhanan. bg tapi yg betul logic, dia akan bertemu jawapannya. kepada yg berpendapat tak perlu berfikir tentang ketuhanan, bersyukurlah banyak2 sekiranya anda sememangnya dilahirkan Islam. sekiranya tidak dilahirkan sebagai orang Islam, adakah orang2 sebegini mampu bertemu Islam dengan sendiri? Bagaimanakah Cat Steven bertemu Islam sekiranya dia tidak pernah mahu berfikir tentang ketuhanan? Bagaimanakah Dr. Zakir Naik mampu membuatkan orang2 kafir @ atheist ternganga ketika berdebat dengannya sekiranya dia tidak pernah mahu berfikir dan belajar tentang ilmu ketuhanan? Quran sendiri banyak menyuruh kita menggunakan akal.
ReplyDeleteAnda ingin mengenal tuhan..??
ReplyDeleteSila baca di link2 berikut
http://kfwqud.blogspot.com/2009/11/adakah-alam-ini-terjadi-dengan.html
http://nmjnh.wordpress.com/2007/11/16/debat-kewujudan-allah-antara-imam-abu-hanifah-dan-ateis-dahri/
http://ibh3.wordpress.com/about/debat-imam-abu-hanifahatheis/
Saya fikir niat penulis membincangkan perkara2 ketuhanan ini amat baik....
ReplyDelete...namun diharap penulis dpt mengajak/menjemput seorang dua ustaz/ahli agama yang benar bagi menasihati/memantau blog ini supaya sentiasa selaras/selari dgn islam menurut Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w dan juga supaya tidak disalah anggap atau tersesat....
sy hrp saudara dpt mencari guru apabila belajar.insya-Allah saudara akan dapat petunjuk.Syaitan sentiasa ingin menyesatkn umat manusia dgn menggoyahkn iman kita dari mbuat amal kbaikn & mninggalkn amal kjhatan.ingatlah syaitan itu musuh kita yg NYATA!
ReplyDeleteblajo lah feqah dulu b4 masuk ke dlm tauhid ni.. takut nnt kita plak yg tersesat..
ReplyDeletekah kah kah....byk yg mengikut je...nasib baik korang x lahir dlm yahudi or nasrani or budha dll........tu la sembab x nak guna akal.......dah diberi anugerah dari tuhan pun malas nak guna.....takut di cop murtad......kalau digunakan sebaik mungkin, nescaya selari dgn al-quran. x percaya?......try la.....
ReplyDeletedgr dulu laa...xhabis lagi tu kan..sabar la..tu pon susah ke..
ReplyDeleteaq x taw knp kowg dok gduh2 kt cni..kalo blh, tego 2 bia la dgn ayt yg manis..ni x, dok maki sedara islam sediri apesal? ish3.. cikgu aq ckp "when science end, religion begin". kalo x cye, try r pk..mne dtg alam ni? xkn skelip mate dh ade kot..kn3? oksigen? karbon dioksida? owg putih kate alam ni t'bntuk dr mcm2 unsur..so mne lak dtg bnde2 alah 2???
ReplyDeleteSalam alykum semua.. = )
ReplyDeleteAnonymous said...
Ape yg ko mrepek nie..........drpd ko kaji tntang Tuhan elok ko kaji dlu dri ko sndri.....bengong!!
December 2, 2010 7:37 AM
first comment dh terkejut ya ?? relax la bai..tu baru mukaddimah jek tu..Allah anugerahkan kita akal tuk kita guna kan secara waras..bak kata phua chu kang >> use ur brain !!use ur brain !!
cuba kita buangkan sikap berburuk sangka tu dulu..akal yg x berapa nk sihat tu ??
korg ni.. dok gado2.. bknkah penulis dah ckp.. dye akan smbung.. ni BARU MUKADDIMAH@PERMULAAN... cuba anda2 hayati bait2 yg penulis tulis kt atas tu..ayat2 yg dilontarkan adalah ayat2 untuk membuka ruang minda kita, untuk berfikir demi menambahkan keyakinan yg kita tahu bahawa tuhan kita wujud..bila keyakinan kita bertambah, iman pun akan bertambah, jgn main serang jer.. bce betol2 ayat kat atas.. renung dan fikir dlu.. korg duk kutuk2 nih..korg pernah ker terfikir nk wt mcm mana penulis ni buat, ni adalah permulaan untuk kembali kpd tuhan... akal harus digunakan untuk berfikir dan berkata-kata... igt saudara SEISLAMKU......dan sabar menanti smbungnnya.. kalau smbungannya salah, tegurlah beliau dgn cara baik.... itu menunjukkan Islam yg sebenar...
ReplyDeletekn dah kna hentam blek...suka2 ati je nak kata penulis benggong... dh pndai sgt la 2 kata org bengong... ni ke yg Islam ajar..
ReplyDeletesapa2 yg pandai...curahkan la ilmu anda...bkan nk ikut nafsu yg tidak berakal........suka2 jer kata org bengong....kalu ko cerdik pon Alhamdullilah la...saudara se-agama aku gak yg cerdik ni.....moga2 anda yg cerdik ni leh jd ilmuan yg terkenal la...
ReplyDeleteidop dikalangan syariat jgn cite pasal hakikat mne org bleh trime wei
ReplyDeletesedap2 je ckp org bengong...penulisnye xtulis abis
ReplyDeletelg,relex r.islam xmngajar kite mcm nie..kite kne brfikirn jauh &luas. bg peluang....
klau slah kite btulkan.
Aku xfikir penilis ni salah pn kalau bincang pasal ketuhanan guna akal fikiran atau logik selagi tak bertentangan dgn Alquran @ hadis sbb bagaimana kita nak berdepan dgn golongan atheist yg terang2 xpercaya pada AlQuran..so, nk nak xnak kene lawan guna akal lah..
ReplyDeletehmm...mmg bgoz artikel ini..tp jgnlh cmpei menyesatkn manusia suda.
ReplyDeleteKajilh dan kenallh Diri kite sndri dahulu..bawulh kite mengenal tuhan. N jgn lupe kajilh Al-Quran..InsyaAllah jwpnnye ade.
Ingtlh...Kepercayaan amat penting sblom melakukn sesuatu..:)
ade org maki penulis nie?
ReplyDeletekalau org nk percaya sesuatu benda mesti dikaji dulu . . macam 2 juga bila org kafir masuk islam diorang mengkaji . . apabila benda yang dikaji diyakin benar baru datangnya iman . .
ramainye hipokrit.. mcm parasit haha
ReplyDeleteAWALLUDIN MA'RIFATULLAH..awal agama itu mengenal ALLAH..
ReplyDeletecube kite fikirkan sbelum Rasullulah mngabdikan diri sehingga umr baginda 40 tahun untuk mengenal Tuhan..sebelum tu adakah baginda sembayang?brpuasa?menunaikan haji?setelah mengenal Allah baru perkara di atas di lakukan baginda..so betul la awal agama itu mengenal ALLAH?ke mcm kite skang mengucap dulu baru kita beragama islam?mcm mana nk mengenal ALLAH?'
'AKU BERADA DI DLM JIWAMU MENGAPA KAU TIDAK DPT MELIHATKU'
'AKU LEBIH HAMPIR DARI URAT NAFASMU'
Macam mana plak nk mengenal ALLAH?
ReplyDelete'MANUSIA ITU RAHSIA KU' so nk mengenal ALLAH maka kena kenal diri yg sebenar-benarnya diri.mcm mane lak nk mengenal diri?'TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA HINGGA KE LIANG LAHAT'Mane nk tuntut ilmu?
AL-QURAN dan berguru pd org yg benar2 mengetahui..
so pd pndangan aku atikel ni x salah..penulis ingin mengajar kite berfkir dan mencari rahsia yg mesti semua umat cari..semua ada dlm diri kita..ALLAH turunkan rahsiaNye di bumi,gunung2 tp hanya manusia yg mampu terima.
masalahnya bro, kalau tuhan tu turun kat dunia pun, atau malaikat tonjolkan dirinya pun...bukan nya kita kenal pun..
ReplyDeletesbb memeng kita x nak kenal tuhan...tuhan lg la tak nk kenaal kita..
kalau kau nk kenal tuhan..kena kenal kat dunia ni lg..kat akhirat kau nk kenal mcm mana dg tuhan kalau kat dunia pun kau x kenal..
kenal tuhan ni, x semesttinya jumpa dg dia...
mllui kewujudan di muka bumi, kite boleh mngenl Allah dngn jels skli.. mngenal di sini mksdnye, mngenal sifat2 ksmpurnaannya trutamanya ttg kewujudnnya.. mukjizat yg plg besr tlh dturunkn kpd nbi kite iaitu al-quran juge antra bukti trbesr kwujudn Allah.. al-quran yg mrupakn kalam(kata2) Allah yg dwhyukn kpd Rasulullah bnyk mnceritakn kejadian bumi yg smmgnya brtepatn dngn sains moden.. knp tidk?.. krana Allah lh yg mncipta semuanya, jd sudh tntunya Allah mngtahui tiap2 ssutu dngn trperinci..trmsuklh kjadian bumi yg dijadkn bg2 tratur.. subhanallah..
ReplyDeleteAKU BERADA DI DLM JIWAMU MENGAPA KAU TIDAK DPT MELIHATKU'
ReplyDelete'AKU LEBIH HAMPIR DARI URAT NAFASMU'
kenal diri kita..nescaya..kita akan mengenal tuhan....pencipta kita...
aku tak pening pun apa yang kau tulis tu?nampak sangat jahilnya kau mengenal allah.apa yg kau lihat di dunia ini semuanya dari allah walaupun dimata kau ianya datang dari tangan manusia.tapi aku tak salahkan kau.pengetahuan kita manusia ni berbeza.berusahalah....kau akan jumpa jawapannya.
ReplyDeleteermmm....pada pndangan saya, penulis cuba menyampaikan persoalan yg kdg2 kita sendiri xpasti...mungkin ada baik buruknya penulisan penulis....cuba kita tgk kupasan akan dtg....penilaian manusia biasanya banyak yg silap....sebelum kita kata penulis jahil, kita yang mengata ni adakah sikap mengata ni dikatakan bijak?...renungkan dan berhemahlah dalam berkata2...
ReplyDelete