Di dalam artikel lalu yang bertajuk bagaimana kita mengenal tuhan telah menimbulkan sedikit kekecohan saya kira apabila saya mengajak para pembaca berfikir sebelum saya menulis artikel seterusnya.
Baiklah ini sambungan artikel yang lalu. Anda bayangkan persoalan yang saya timbulkan adalah persoalan yang wujud di dalam hati saya semasa zaman kanak-kanak. Saya pasti bukan saya seorang yang mengalaminya, ramai lagi kanak-kanak lain yang menghadapi perasaan bingung dengan pelajaran yang diterima berkenaan ilmu tauhid itu apabila mereka mempunyai sedikit kecerdasan untuk berfikir.
Adakah kita sebagai orang dewasa tergamak membiarkan mereka yang berfikiran kritikal ini tanpa memberikan jawapan yang mereka kehendaki? Salahkah mereka mengkehendakkan jawapan? Adakah kanak-kanak seperti ini harus disekat daya pemikirannya dengan alasan "mengenal tuhan tidak boleh dengan akal nanti terpesong", "akal manusia tak sampai nak fikir kewujudan tuhan", "jangan fikir banyak nanti sesat ikut sahaja" ajaran siapakah ini? Adakah kita sememangnya disuruh mengikut sahaja sedangkan kita memiliki akal?
Adakah sebarang ayat di dalam Al-Quran yang melarang kita berfikir tentang kewujudan Allah? Bahkan Allah menyuruh kita berfikir tentang kewujudan-NYA. Lihat ayat ini,
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal [Ali-Imran: 190]
Siapakah orang-orang yang berakal di dalam ayat di atas? Bukankah mereka adalah orang yang berfikir menggunakan otaknya? Lihatlah pembaca yang saya muliakan sekalian, di dalam ayat ini Allah mengajar kita bagaimana untuk mengenal-NYA, bagaimana untuk kita menyedari kewujudan-NYA dan bagaimana caranya untuk kita membuktikan adanya Allah.
Bagaimana caranya? Allah menyuruh kita mencari tanda-tanda-NYA. Di mana tanda-tanda itu? Kata Allah ada pada kejadian langit dan bumi serta pertukaran siang dan malam.
Tanda-tanda di langit dan bumi
Siapa boleh tentukan sempadan langit? Berapa luas agaknya langit ini ya? Sehingga ke hari ini, tiada lagi sebarang ilmu lagi yang boleh menentukan keluasan langit dengan tepat kerana langit itu terlalu luas, tiada lagi alat pengukur yang boleh mengukur keluasan langit. Secara asasnya langit itu merujuk kepada luasnya alam ini. Dengan kata lainnya Allah menyuruh kita mencari tanda-tanda (bukti kewujudan-NYA) di seluruh alam ini! (ini merupakan salah satu tafsiran kerana tafsiran Al-Quran itu sangat luas). Carilah tanda-tanda pada semua benda yang ada di langit, baik bintang, matahari, bulan, awan, meteor, planet-planet, Makhluk asing (kalau sudah terbukti ada) dan semua-semualah yang ada di langit tu.
Ini baru galaksi ni langit ni lagi luas terlalu luas, matahari yang besar berpuluh kali ganda bumi pun tak nampak dalam gambar ni (letaklah gambar sikit kalau tak boring pulak macam baca novel haha)
Kedua, Allah menyuruh kita mencari tanda-tanda (bukti kewujudan Allah) di bumi. berapa luas pula bumi ini? Alhamdulillah sudah ada ilmu yang boleh mengukur keluasan bumi iaitu ilmu matematik. Diameter bumi adalah kira-kira 7926.28 batu, maka dengan menganggap bumi sebagai berbentuk bulatan tepat, maka keluasan bumi boleh dihitung dengan rumus pi J kuasa dua (kiralah sendiri). Maka secara asasnya Allah menyuruh kita mencari tanda-tanda (Bukti kewujudan Allah) di seluruh keluasan bumi yang kita duduki ini. Maka carilah pada semua benda yang ada di muka bumi ini, baik kucing, ayam, lelaki, perempuan, ikan, jin, kapal terbang, bom dan semualah yang ada di bumi ini.
Kemudian tuhan menyuruh juga kita mencari bukti kewujudan-NYA (tanda-tanda) di dalam kejadian siang dan malam. Hal ini meliputi ilmu putaran bumi, peredaran matahari, bulan, arah putaran bumi, bentuk bumi, kedudukan paksi dan sebagainya (akan dijelaskan dalam artikel akan datang).
Baiklah saya tangguhkan perbincangan ini setakat ini sahaja korang pun macam dah malas nak baca dah tu, saya akan ulas lebih lanjut bagaimana mengkaji adanya Allah di langit dan bumi, serta pada pertukaran siang dan malam pada artikel akan datang semua sekalilah.
Apa pun jelas di sini Allah menyuruh kita berfikir dan mencari bukti bahawa DIA ada. Malah Allah ajar juga bagaimana cara nak cari yang betul supaya kita tak terpesong, Allah dah bagi 'hint' di dalam Al-Quran. Inilah yang dinamakan berfikir pada lorong yang betul salah masuk lorong touch n go kang haru-biru sebab tak bawak kad. Wallahua'lam
Sekian
artikel yg sgt menarik...
ReplyDeleteTeruskan menulis bro! Gua sokong lu! Gua ni dah lah buta agama, dapat lebai rock macam lu ni boleh gak bagi aku asah otak! Otak dah berkarat ni! Iman pun dah lemah...Gua sokong lu... lu jangan sesatkan gua udah ler...
ReplyDeletebagus artikel neh.. mengajak kita berfikir bahawa Allah itu ade, Allah itu wujud.. moga pas ni, bertambah iman d dada n menginsafi kejadian diri.. :)
ReplyDeleteEm betul lah siapa yang kata tak boleh berfikir tentang kewujudan Tuhan? Kena tipu dengan yahudi tu! Supaya umat Islam semua jadi bodoh main ikut je, pastu senang-senang yahudi nak pesongkan masuk agama die pulak.
ReplyDeleteibu bapak memang dari dulu bermasalah kalo anak2 banyak tanye.. esp bab2 Tuhan, agame.. sbg org dewase, kene la kite menjawap pertanyaan anak2 tanpa rase penat sbb tu la cara otak mereka berkembang..keep it up bro!
ReplyDeleteermr
ReplyDeletealhamdulillah..satu permulaan ke jalan hidup yg lbh diberkati..moga segala nya dipermudahkan...aminnnnnnn...
ReplyDeleteSalam alaik ya akhi..Alhamdulillah..Manusia hanya menggunakan 15% daripada akalnya dan 85% daripada hatinya dalam mencari rumusan atau jawapan, cuma, bagaimana Akal dan Hati itu berfungsi ianya bergantung kepada manusia itu sendiri.
ReplyDeleteAllah s.w.t menyebut dalam Al-Quran Surah Ali-Imran ayat 189-191 yang bermaksud : " Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi, dan Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada bertukarnya malam dan siang ada tanda-tanda ( kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah s.w.t ) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan masa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata : " Wahai Tuhan kami! tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha suci engkau maka peliharalah kami dari azab api neraka. "
moga kita semua dpt memanfaatkan akal dan hati yg di beri oleh Allah ke jln yg di redhoi-Nya
dalam ayat ke (2) dari
ReplyDelete13. Ar-R’ad
ALLAH telah berfirman..
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
ayat ke (3)
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
ayat ke (4)
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.
dari ayat ke (2)-(4), semuanyer menyuruh kita memikirkan mana asalnyer semua yg ada dimuka bumi ini..
bagaimana terjadinyer langit yg mampu berdiri tanpa ada sebarang "construction" utk ia berdiri sendirinya.. bagaimana terjadinya malam dan siang.. dan sebagainyer..
jgn lah kita kurang ILMU, sesungguhnyer YAHUDI itu juga asalnyer tidak berilmu dan mereka ini menciplak hasil2 ILMUAN islam dan menterjemahkan ke bahasa mereka .. dan mereka tidak pernah berhenti mengkaji.. oleh sebab itu lah mereka lahir dengan org2 yg celik pandai sekarang ini..
Kita disuruh memikirkan Tuhan dgn memikirkan ciptaannya.. Bukan dgn mmirkan zat Allah. Jika kita pikirkan zat Allah, fikiran kita tak mampu mmikirkannya. Ia adalah perkara yg "beyond".
ReplyDeleteSesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal [Ali-Imran: 190]
Kita disuruh spya berfikir tanda2 kwujudan Allah..
"zat Tuhan bkan utk difikirkan, tetapi utk dirasai" - Dr. Ahmad S.
Dirasai itu membawa erti mgabdikan diri kpd Tuhan. Kita beriman, mersakan kwuj
Good artikel
ReplyDeleteSy dlu prnh bertnya pd mak sy tp dia hnya memberi jawapan jangn banyk fkir nnti terpsong sbb tu sy tunjk kt dia supaya dia tahu bahawa kita perlu berfikir kerna mempunyai akal
ReplyDeletenice on...jum la berwasap sembang ttg tuhan.. 0195162550(ali)
ReplyDelete