Dec 14, 2010

Matahari terbit dari barat sebelum atau semasa kiamat?

Kongsi

Dalam artikel lalu, yang bertajuk "Bagaimana manusia menjadi penyebab gempa bumi?" telah digambarkan serba sedikit secara tidak langsung tentang salah satu tanda besar kiamat iaitu wujudnya banyak bangunan-bangunan pencakar langit. Dari sudut saintifik, jelas sekali logik akal kita boleh menerima kaitan bagaimana bangunan pencakar langit ini akan menyumbang kepada kejadian kiamat itu sendiri, maka wajarlah ia menjadi salah satu tanda kecil kiamat.

Satu lagi ialah tanda besar kiamat yang biasa kita dengar sejak kecil lagi iaitu "matahari terbit dari barat". Pelbagai teori sains dicadangkan oleh para penyelidik dari barat untuk menerangkan bagaimana fenomena ini boleh berlaku. Pada asasnya teori para penyelidik ini tertumpu kepada penerangan tentang putaran bumi yang dikatakan akan menjadi berlawanan dengan arah putaran normalnya. Dengan kata lain, jika sekarang ini bumi berputar mengikut arah lawan jam, maka di hari apabila dunia ini sudah menghampiri kiamat nanti, bumi akan berputar terbalik iaitu mengikut arah pusingan jam.

Setakat ini, sepanjang pengetahuan penulis, teori perubahan putaran bumi inilah yang menjadi asas yang paling logik untuk diterima akal bagi menerangkan bagaimana fenomena matahari terbit dari barat boleh berlaku. Maka tugas penyelidik lebih terdorong kepada untuk mencari apakah kejadian-kejadian yang mungkin boleh menyebabkan bumi berputar secara terbalik? Justeru itu timbullah teori pelanggaran bumi dengan planet, teori bumi menghampiri matahari, dan sebagainya yang menyebabkan arah pusingan bumi menjadi terbalik lantas mewujudkan fenomena matahari terbit daripada barat.

Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda,
Kiamat tidak datang sehingga matahari terbit dari barat. Jika manusia melihatnya maka mereka semua beriman.”

Dalam riwayat lain,

Jika matahari telah terbit dari arah barat dan orang-orang melihatnya, maka mereka semua beriman. Pada saat itu iman seseorang tidak lagi berguna untuk dirinya selama dia belum beriman sebelumnya atau memperoleh kebaikan dalam imannya.
[HR. al-Bukhari 7/190 dan Muslim nombor 157]

Kalau dilihat pada hadis yang kedua di atas kelihatan pelik bukan? Apabila orang-orang melihat kejadian matahari terbit dari barat, maka semua orang akan beriman. Tetapi Rasulullah bayangkan iman pada masa itu sudah tidak lagi berguna mengapa? Mari kita gunakan logik akal untuk menjawab persoalan ini.

Kali ini saya masih lagi menggunakan fakta sains sekolah menengah, di bawah topik 'inertia' di Tingkatan 4 kalau tak silap. Namun melalui pengalaman sahaja pun sudah cukup untuk anda memahami konsep yang diterangkan di sini. Anda juga masih boleh merujuk artikel-artikel lalu untuk lebih memahami penerangan ini.

Pemahaman tentang 'inertia'

Bayangkan ketika anda menaikki sebuah kereta dengan kelajuan 80 km per jam. Adakah anda menyedari bahawa kereta anda bergerak selaju itu? Jawapannya tidak, kecuali anda memandang pergerakkan bangunan, pokok-pokok, jalan dan lain-lain yang ditinggalkan oleh kereta anda. Malah sekiranya kereta anda bergerak selaju 180 km per jam juga, anda tidak akan menyedarinya kerana badan anda turut bergerak bersama-sama kecuali anda memandang ke luar kereta. barulah anda sedar bahawa kereta anda bergerak begitu laju.

Bagaimana pula sekiranya kereta yang anda pandu dengan kelajuan 80 km per jam ini tiba-tiba berhenti? Apa akan jadi kepada anda? Tentu sekali anda akan tercampak keluar dari kereta. Bagaimana pula kalau 100 kmj? 120 kmj? 300kmj? Semakin laju kenderaan yang anda pandu semakin teruk kesannya apabila ia tiba-tiba berhenti.

Contoh-contoh boleh dilihat semasa berlakunya kemalangan sungguh dahsyat bukan? Kerana itulah kerajaan Malaysia dan juga mana-mana negara menggalakkan malah mewajibkan pemandu mengenakan tali pinggang keselamatan (seat belt) bagi mengelakkan anda tercampak, atau terhumban keluar dari kereta apabila berlakunya kemalangan.

Sekarang cuba anda bayangkan, bumi yang kita diami ini membuat putaran dengan kelajuan lebih dari 1000 kmj setiap saat tanpa henti dan tanpa kita sedari dengan membawa manusia, haiwan, bangunan-bangunan, malah gunung ganang dan lautan bersamanya. Apakah akan terjadi sekiranya bumi ini tiba-tiba berhenti? Betapa dahsyatnya fenomena tersebut bukan? Malah untuk membolehkan matahari terbit dari barat, lebih dahsyat lagi ia akan melakukan putaran berlawanan! Melawan arah putarannya yang normal! Berhenti sahaja sudah cukup dahsyat, apatah lagi berpatah balik!

Apabila berlakunya peristiwa ini (matahari terbit dari barat), nescaya semua manusia akan sedar bahawa janji Allah itu adalah janji yang benar! Al-Quran itu benar! Muhammad itu benar! Namun jelas sekali tiada gunanya iman pada masa itu kerana dunia ini sudah kiamat! Jelas sekali peristiwa yang dikatakan sebagai tanda besar kiamat ini berlaku semasa kiamat!

Hadis ini juga dilihat selari dengan sepotong ayat di dalam Al-Quran,

Pada hari datangnya sebagian tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelumnya atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.”
[Al-An’am: 158].

Di dalam artikel-artikel yang akan datang saya akan kupas pula tentang fenomena apa yang akan menyebabkan bumi boleh berputar melawan arah putaran normalnya.

Wallahua'lam.

21 comments:

  1. Perbincangan yang hebat!
    Sepatutnya para pendakwah dan ustaz-ustaz
    hari ini perlu memberikan kuliah dan dakwah
    dengan cara begini! Menarik dan berfakta!
    Teruskan menulis, saya akan terus menjadi
    silent reader... dan menyokong anda!

    ReplyDelete
  2. Satu perkongsian cukup menarik, syabas saya ucapkan kerana berjaya menarik minat saya untuk membawa dari awal hingga ke akhir artikel

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,tahniah kpd admin blog nie krna dpt mmbuat blog yg brmanfaat sprti ini...sy harap admin truskan memaparkan input2 sprti ini.
    tq

    ReplyDelete
  4. Saya juga nak ucapkan tahniah kepada penulis
    kerana sanggup bersusah payah menghasilkan artikel begini, yang merangsang minda untuk berfikir. Anda berjaya membuatkan saya menyelongkar artikel-artikel lain di dalam blog ini. Syabas!

    ReplyDelete
  5. Saya terharu kerana ada penulis begini, saya akan terus jadi silent reader blog ini. Jangan berputus asa untuk menulis ye? Teruslah menghasilkan input-input dakwah begini.
    tq.

    ReplyDelete
  6. good artikel! Keep it up!

    ReplyDelete
  7. Mohon share tuan blog...

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dengan teori yang mengakibatkan matahari terbit dari Barat iaitu putaran Bumi akan bertukar arah. Pada saya ini adalah disebabkan oleh "cente of gravity" Bumi telah bertukar kedudukan.

    Satu teori dari saya untuk difikirkan bersama.
    Apabila Bumi berhenti maka lautan akan menjadi kering, gunung ganang runtuh dan macam macam lagi akan berlaku. Segala teknology yang ada hari ini akan musnah. Ini disebabkan gelombang yang ada hari ini akan bertukar coraknya.Perlu disedari bahawa gelombang amatlah penting. Kita melihat kerana gelombang, kita mendengar kerana gelombang dan begitu lah seterusnya.

    ReplyDelete
  9. timbul kesedaran dlm diri lps baca entry ni...terima kasih... :)

    ReplyDelete
  10. jgn lupa lawat ni skali...
    http://episodkehidupanku.blogspot.com/2010/12/2012-planet-x-langgar-bumi.html

    ReplyDelete
  11. i like the way u deliver the msg..well done..

    ReplyDelete
  12. salam...
    menurut ape yg sy tau,matahari yg keliling bumi...
    *rujuk surah yaasin,ayat sy x igt,maaf.
    btolkan sy jika salah...
    allahu a'lam
    salam

    ReplyDelete
  13. Buat pengetahuan Anon di atas, entry ini tidak
    mempersoalkan sama ada matahari mengelilingi bumi ataupun bumi yang mengelilingi matahari
    Entry ini menceritakan bagaimana bumi ini
    berputar pada paksinya sendiri. Tidak timbul persoalan tersebut. Terima kasih. Apa pun entry akan dtg mungkin sy akan mengupas isu tersebut.

    ReplyDelete
  14. tentang matahari terbit dpd barat adakah ia berlaku semasa kiamat atau sebelum kiamat.. dpd apa yg pernah saya pelajari.. kiamat berlaku selepas matahari terbit dpd barat.. diceritakan manusia akan hidup lebih kurang dpd 100 tahun lagi selepas matahri terbit dpd barat.. pada masa ni semua org beriman dimatikan oleh allah swt dan dunia dipenuhi hanya dgn org yg kufur pada Allah..

    teori yg dinyatakan oleh penulis adalah teori sains yg menyatakan bumi akan berhenti beputar utk membolehkan ia berputar dpd arah yg bertentangan.. dpd segi sains teori ini memang betul tapi hakikatnya yg diterangkan dalam al-quran, matahari yg bergerak dpd timur ke barat mengikut ketentuan Allah dan suatu hari nanti ia akan terbit dpd arah barat pulak dgn perintah allah.. bukannya bumi ni tiba2 buat 'emergency brake, then berputar pada arah berlawanan sebagaimana yg diceritakan penulis..

    wa'llahualam

    ReplyDelete
  15. nk post baru..tuan admin bercuti ke?

    ReplyDelete
  16. betul la penulis ni amik cuti lama sgt..akak tgu ni..

    ReplyDelete
  17. sekiranya putaran bumi berhenti scara megejut, pasti impaknya sgt tggi..tpi jika putaran bumi semakin perlahan dan akhirnya berhenti, impaknya tidak begitu kuat...namun sistem 24 jam sehari tidak boleh diamalkan lagi...
    tentang bagaimana bumi berputar arah berlawanan kita masih tidak tahu...sama ada secara mengejut atau perlahan lahan...
    wallahualam

    ReplyDelete
  18. sini mungkin membantu http://ajae7.blogspot.com/2011/04/bagaimana-matahari-terbit-dari-barat.html

    ReplyDelete
  19. Salam,
    Saya ada jumpa salah satu penjelasan yg menarik tentang perubahan arah terbitnya matahari ini.

    Baca Disini


    Syukur ke hadrat ILAHI yang memberi kita akal untuk berbincang, mengkaji dan mentafsir sifat serta kejadian alam ini. Saya dapati kajian menunjukan perkara ini telah berlaku lebih dari 200 kali!

    ReplyDelete
  20. bandar bola terpercaya, togel aman dan terpercaya, judi bola online, judi online terpercaya, casino online indonesia

    Mau mendapatkan pelayanan yang baik dan ramah???

    Modal Kecil bisa mendapatkan hasil yg luar biasa...

    Untuk yang lagi galau, yang lagi bosan tidak tahu mau ngapain, tenang,,sekarang ada 288betting.com yang akan menghibur kalian sekaligus mengisi hari-hari kalian dengan games" online yang pastinya tidak akan mengecewakan kalian deh...dan tentu nya juga masih banyak lagi bonus tiap bulan nya buruannn,,,,yuk ikutan gabung bersama 288betting.com

    Tersedia berbagai game di dalamnya :
    * Sportsbook
    * Kasino
    * Togel
    * Poker
    * Number Games
    * Slots

    Kunjungi Situs Kami !!
    Dapatkan Bonus Rollingan TO Sebesar 0,5% / Hari
    Bonus Referral Sebesar 20% Seumur Hidup
    dengan minimal deposit hanya Rp. 20.000 dan minimal withdraw Rp. 50.000

    Info lebih lanjut silahkan hubungi CS 24/7 melalui :
    * Livechat
    * Whatsapp : +855888278896
    * Facebook : Stefanie Huang

    Salam Sukses 288betting.com

    SITUS JUDI ONLINE TERPERCAYA DAN TERLENGKAP DENGAN PELAYANAN CS YANG RAMAH

    ReplyDelete

test