Di dalam artikel yang lalu bertajuk, "Kupu-kupu yang pandai menipu" telah dijelaskan serba sedikit bagaimana naluri yang hadir pada kupu-kupu telah menyelamatkan nyawanya dari menjadi mangsa seekor kucing. Maka jelaslah bahawa ada kuasa luar biasa yang mengaturkan semua ini.
Kali ini saya ingin mengajak anda berfikir sejenak tentang haiwan yang biasa ada di rumah-rumah kita. Haiwan manja, comel dan jinak yang juga merupakan kesayangan junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W.
Perhatikan setiap anak kucing yang lahir ke dunia ini dilahirkan di dalam keadaan yang lemah, kurang tenaga untuk bergerak. Barangkali sukar untuknya meneruskan hidup tanpa 'naluri' yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Bagaimana 'naluri' memberikan daya hidup kepada anak kucing yang lemah ini?
Anak kucing yang dilahirkan ke dunia ini bukan sahaja kurang tenaga dan lemah tidak berdaya, malah kurang juga daya penglihatannya. Malah boleh dikatakan setiap anak kucing comel ini dilahirkan di dalam keadaan buta tidak dapat melihat (lihat gambar di atas). Anak kucing ini akan memperoleh penglihatannya secara perlahan-lahan selepas beberapa hari.
Anak kucing yang beru dilahirkan, berkeadaan buta. Matanya akan terbuka perlahan-lahan selepas beberapa hari. Namun apa yang menjadi tanda tanya kepada kita, bagaimana ia boleh menyusu? Bagaimanakah ia boleh menghisap susu ibunya sejak dari hari pertama ia ke dunia sedangkan matanya buta?
Bayangkan sahaja bagaimana anak-anak kucing yang comel ini mampu mengesan di mana kedudukan susu ibunya tanpa diajar oleh sesiapa! Hebat bukan? Adakah akal yang rasional bersetuju sekiranya dikatakan bahawa ibunyalah yang mengajar anak-anak kucing ini menyusu? Tidak bukan? Tiada sesiapa yang mengajarnya.
Bukankah hari kelahirannya ini adalah hari pertama anak-anak kucing yang comel ini di muka bumi? Inilah pengalaman pertama ia menjejakkan kaki di muka bumi dalam keadaan buta, malah ia tidak pernah sekalipun menemui susu ibunya sewaktu di dalam rahim ibunya. Tiada siapa yang mengajarnya mengenal rupa susu ibunya (breast) semasa di dalam kandungan dan tiada siapa yang mengajarnya keperluan meminum susu agar sihat dan kuat (macam iklan susu dalam tv tu) kerana tiada sekolah di sana.
Di dalam ilmu sains, ada menjelaskan fenomena ini. Ilmu sains menjelaskan bahawa ia merupakan satu tindakan refleks atau disebut 'naluri' semulajadi haiwan untuk terus hidup. Lihatlah tuan-tuan para pembaca yang saya hormati sekalian, ilmu sains tidak dapat menjelaskan dari mana datangnya this so called 'naluri' atau 'instinct' yang memberikan daya hidup kepada anak kucing yang comel ini. Namun sebenarnya, kuasa yang memberikan naluri ini adalah dari kuasa Sang Pencipta. Inilah salah satu tanda adanya Pencipta.
Pencipta ini juga telah memberikan 'hint' agar kita mencari tanda-tanda kewujudannya pada alam ini baik di langit dan di bumi.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal [Ali-Imran: 190]
Sekian, semoga ada manfaat.
Em.. tak sangka kan.. kalau kita lihat di sekeliling kita, sebenarnya banyak perkara ajaib yang kita tak sedar menunjukkan kewujudan Allah SWT sebagai pencipta. Artikel yang baik!
ReplyDeletePernah jugak tgk [natgeo] mcmana kelahiran anak kangaroo yg terlalu kecil saiznya...tapi pandai mencari kantung ibu utk menyusu sampailah besar..Subhanallah.
ReplyDeleteLepas ni ceritakan pulak kisah si-anak penyu, Macamana keluar lepas menetas, keluar dari lubang terus teketek2 pegi ke laut. Kenapa tak masuk dalam hutan? NALURI ITU ANUGERAH TUHAN!
ReplyDeleteSubhanallah... Indahnya ciptaan tuhan!
ReplyDelete"Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan." (an-Nahl: 11)
ReplyDeletebegitu gak ngan biji benih~
Bagaimana sebutir biji mengetahui cara membentuk sebuah pohon? Bagaimana biji tersebut "berpikir" untuk melebur dengan senyawa tertentu di dalam tanah untuk menciptakan kayu? Bagaimana dia meramalkan bentuk dan struktur yang dibutuhkan? Pertanyaan terakhir ini sangat penting karena ia bukanlah sebatang pohon sederhana yang keluar dari sebutir biji. Dia adalah organisme hidup yang kompleks dengan akar untuk menyerap zat-zat dari dalam tanah, dengan urat dan cabang-cabang yang diatur dengan sempurna. Seorang manusia akan menemui kesulitan untuk menggambarkan dengan tepat sebuah bentuk pohon, ketika secara kontras sebutir biji yang sederhana dapat menghasilkan sebuah benda yang kompleks hanya dengan menggunakan zat-zat yang ada di dalam tanah.
Pengamatan ini menyimpulkan bahwa biji tersebut sangat pandai dan bijaksana, bahkan melebihi kita, atau lebih tepatnya, ada kepandaian yang menakjubkan pada sebutir biji. Akan tetapi, apa sumber kepandaian tersebut? Bagaimana mungkin sebutir biji memiliki kepandaian dan ingatan sedemikian rupa?
سُبْحَانَ اللَّهِ inilah klo steiap kejadian kita lihat dari sisi Iman islam....اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ
ReplyDelete