Dec 10, 2010

Pasangan Gay kini boleh melahirkan anak sendiri?

Kongsi
Penyelidik kini telah berjaya menghasilkan tikus makmal yang memiliki dua ayah, lantaran itu ia dilihat dapat meningkatkan kebarangkalian untuk pasangan gay mendapatkan anak-anak yang terhasil dari gabungan gen / baka mereka sendiri.

Di dalam satu ujikaji yang dijalankan "pembiakan mamalia bentuk baru", Para penyelidik dari Amerika Syarikat telah menggunakan langkah-langkah di dalam satu siri komplek bagi mengubahsuai "telur jantan" untuk dimasukkan ke dalam rahim tikus betina.

Ibu tikus ini kemudiannya dikacukkan dengan tikus jantan yang normal bagi menghasilkan kandungan atau janin yang terhasil daripada gabungan gen-gen daripada dua ayah, berbeza dengan kejadian semulajadi kandungan yang terhasil daripada kacukan jantan dan betina.

Tikus betina yang mengandungkan 'telur-telur jantan' dari seekor tikus jantan - Ayah A, ini dikacukkan dengan seekor lagi tikus jantan yang lain - Ayah B. Dengan itu anak yang terhasil mewarisi sepenuhnya bahan maklumat genetik dari Ayah A dan Ayah B.

Para penyelidik genetik di sebalik penggunaan teknik pembiakan yang menjadi kontroversi ini mengatakan bahawa teknik ini berpotensi untuk meningkatkan kualiti baka ataupun memelihara species-species yang terancam. Tambah menjadi kontroversi apabila mereka juga mengatakan sekiranya teknik ini boleh dipehalusi lagi, "Satu hari nanti dua orang pasangan lelaki boleh mendapatkan anak-anak daripada baka mereka sendiri".

Bila ilmu dan kebijaksanaan digunakan pada lorong yang salah, nescaya manusia akan cenderung untuk menentang Tuhan!

Sumber: Dailymail

5 comments:

  1. Macamane pon masih memerlukan baka betina. Maka, hubungan jantan-betina masih penting.

    FAILED. mereka hanya mencuba utk melawan kuasa Tuhan. tetapi masih gagal. mereka masih perlu mengikut hukum alam paling asas.

    ReplyDelete
  2. tak logik n x mungkin! barat sje je nk mgalakkan hubungan sesama jenis berleluasa...

    ReplyDelete
  3. mustahil, ayat2 quran sudah jelas menceritakan tentang kejadian manusia daripada baka lelaki n wanita. semua ni dakyah yahudi laknat!

    ReplyDelete
  4. 2020 ford focus titanium - TitaniumArts
    2020 ford titanium teeth dog focus titanium: We ford focus titanium hatchback are very happy to present you the opportunity to titanium daith jewelry start designing ecosport titanium a new 2019 ford edge titanium for sale design for this

    ReplyDelete

test